1 research outputs found

    Kaedah pembelajaran lukisan kejuruteraan berasaskan simulasi

    Get PDF
    Kajian yang dijalankan ini adalah untuk melihat kebolehgunaan sebuah perisian pendidikan yang menerapkan Kaedah Pembelajaran Lukisan Kejuruteraan Berasaskan Simulasi bagi menyelesaikan masalah kurang faham , kurang minat dan kebergantungan yang terlalu memusat kepada guru di kalangan pelajar Tingkatan 4, Sekolah Menengah Ungku Aziz, Sabak Bernam, Selangor . Justeru, penyampaian isi kandungan yang bersesuaian dengan tahap pemikiran atau kognitif pelajar, aspek minat dan motivasi serta pembelajaran ala akses kendiri dirasakan sebagai faktor utama yang ingin dikenal pasti dalam perisian yang dibangunkan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Macromedia Authorware versi 6.5 dipilih sebagai bahasa pengarangan bagi membangunkan perisian pendidikan ini. Seramai 30 responden dipilih untuk mendapatkan maklum balas terhadap kajian ini. Data yang didapati telah dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 11.0 menggunakan kaedah deskriptif min. Hasil kajian mendapati bahawa maklum balas adalah positif terhadap faktor-faktor yang telah dikaji
    corecore